X

Kindly register in order to view this article
!

RM48 juta baiki kerosakan infrastruktur akibat banjir

Solihan (tengah) diberi penerangan mengenai kerja-kerja menaik taraf dan menampal lubang Lebuhraya Pasir Gudang di Pasir Gudang, pada Ahad.
A
A

PASIR GUDANG - Kerajaan negeri memohon RM48 juta daripada kerajaan Persekutuan bagi membaiki infrastruktur yang rosak di enam daerah akibat banjir pada awal bulan ini.

Exco Kerja Raya Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Mohd Solihan Badri berkata, antaranya untuk membaiki jalan, cerun bukit dan jambatan.

"Kita sudah pun hantar senarai jalan yang rosak di enam daerah terjejas banjir dan memerlukan pembaikan segera.

"Antara kerosakan jalan membabitkan pemendapan, berlubang serta cerun runtuh dan terhakis," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja membaik pulih Lebuhraya Pasir Gudang di sini pada Ahad.

Dalam kejadian banjir awal bulan ini, kira-kira 20 jalan terputus hubungan akibat banjir dengan paling teruk di Kota Tinggi selain di Kluang, Mersing dan Johor Bahru.

Terdapat jalan yang hanya dibuka untuk laluan kenderaan berat manakala selebihnya ditutup terus untuk semua kenderaan kerana berbahaya dan strukturnya jalannya rosak teruk.

Mohd Solihan berkata, peruntukan itu akan turut diguna untuk kerja-kerja meninggikan jalan yang sering dilanda banjir.

"Saya pasti kementerian terlibat akan meneliti dan meluluskan peruntukan yang diminta dalam masa terdekat," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!