Segerakan pemberian komputer riba di sekolah rintis

Kelihatan Pelajar Tingkatan Empat, Muhammad Amer Irfan Muhammad Emran mengikuti kelas fizik secara dalam talian melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). - Foto fail Bernama
Kelihatan Pelajar Tingkatan Empat, Muhammad Amer Irfan Muhammad Emran mengikuti kelas fizik secara dalam talian melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). - Foto fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM – Kerajaan digesa menyegerakan pemberian komputer riba kepada 150,000 murid di 500 sekolah rintis bagi memudahkan proses pembelajaran dalam talian yang diisytiharkan dalam pembentangan Bajet 2021 sebelum ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia bagi memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berjalan dengan lancar.

Katanya, pada masa sama, nasib lebih 4.7 juta murid lain di 10,220 sekolah rendah dan menengah yang berkemungkinan tidak memiliki sebarang peralatan yang bersesuaian untuk PdPR seperti telefon pintar atau laptop harus diberikan perhatian serius.

Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi

“Jumlah ini bersamaan tiga peratus daripada anggaran 4.7 juta murid daripada keseluruhan 10,220 buah sekolah rendah dan sekolah menengah yang bakal menerima komputer riba hasil kerjasama kerajaan dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC),” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: PdPR peningkan ibu bapa

KPM perlu dapatkan peruntukan khas laksana PdPR: Hassan

Betulkah PdPR pilihan terbaik?

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Asyarf Wajdi berkata, Kementerian Pendidikan perlu lebih proaktif dan segera menangani pelbagai isu serta kekangan pembelajaran agar tidak berlaku sebarang fenomena keciciran daripada arus pendidikan dalam kalangan rakyat ketika pandemik yang sudah pun masuk tahun kedua ini.

“Pemuda UMNO turut mencadangkan perluasan siaran TV Pendidikan dengan menukar beberapa saluran TV milik kerajaan kepada TV Pendidikan sepenuhnya sepanjang sekolah ditutup akibat pandemik sebagai penyelesaian langkah jangka masa pendek,” katanya.

Ujarnya, kerajaan harus memanfaatkan kuasa penuh di bawah Ordinan Darurat ketika ini mendesak syarikat-syarikat konglomerat menyumbang komputer riba kepada murid-murid sekolah dan mengarahkan stesen TV swasta berbayar seperti ASTRO bagi menyediakan saluran pendidikan dengan pemantauan Kementerian Pendidikan.