X

Kindly register in order to view this article
!

Wuhan kembali normal selepas setahun

A
A

PADA 23 Januari 2020, dunia pertama kali menyaksikan langkah lockdown dilaksanakan di Wuhan selepas ibu kota wilayah Hubei di China itu dipercayai menjadi pusat wabak Covid-19.

Pada ketika itu, masyarakat antarabangsa turut terkejut dengan sekatan ketat termasuk mewajibkan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal selama 76 hari yang dikuatkuasakan terhadap kira-kira 11 juta penduduk yang dilakukan dua hari menjelang sambutan Tahun Baru China.

lengang
lengang

Bandar itu ditutup sepenuhnya sehingga Jun 2020 bagi membendung penularan wabak tersebut dan terbukti kaedah lockdown berjaya mendatarkan keluk jangkitan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wuhan, bandar bermulanya virus misteri

Kes jangkitan Covid-19 kembali di Wuhan

Penduduk Wuhan dikuarantin rayu bantuan

Orang ramai kembali membeli-belah untuk persiapan sambutan Tahun Baru Cina pada bulan depan.
Orang ramai kembali membeli-belah untuk persiapan sambutan Tahun Baru Cina pada bulan depan.
Pada Sabtu, keadaan bandar itu berubah sama sekali selepas genap setahun dengan penduduk menjalani aktiviti harian seperti biasa ketika kebanyakan negara antarabangsa sedang bergelut untuk mencegah penularan gelombang jangkitan baharu dan ancaman virus bermutasi yang telah menjangkiti lebih 98 juta orang dengan lebih 2.1 juta kematian direkodkan.

Beberapa pasangan warga emas menari bersama di sebuah taman di bandar tersebut. - AFP
Beberapa pasangan warga emas menari bersama di sebuah taman di bandar tersebut. - AFP

"Saya rasa Wuhan sudah agak selamat ketika ini berbanding wilayah lain," kata Wang Yizhe, 21.

Ketika ini, beberapa wilayah di China berdepan lonjakan kes jangkitan hingga memaksa pelaksanaan semula langkah lockdown.

Kenderaan kini memenuhi kebanyakan jalan utama di bandar tersebut. - AFP
Kenderaan kini memenuhi kebanyakan jalan utama di bandar tersebut. - AFP

Pihak berkuasa kesihatan kini memberi tumpuan di kawasan timur laut Beijing selepas dianggarkan 19 juta penduduk di bandar Shijiazhuang dan wilayah Hebei, Jilin serta Heilongjiang berdepan sekatan ketat tersebut.

Pandemik itu dan langkah lockdown secara berkala telah memberi impak besar kepada ekonomi negara terbabit yang turut menyaksikan jutaan rakyatnya kehilangan pekerjaan dan pertumbuhan paling perlahan dalam tempoh lebih empat dekad.

Foto kombinasi menunjukkan keadaan Wuhan Red Cross Hospital yang sesak (gambar atas) dan keadaan terkini selepas setahun bandar itu dikenakan lockdown selama 76 hari. - AFP
Foto kombinasi menunjukkan keadaan Wuhan Red Cross Hospital yang sesak (gambar atas) dan keadaan terkini selepas setahun bandar itu dikenakan lockdown selama 76 hari. - AFP

Dalam perkembangan berkaitan, pasukan pakar antarabangsa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyertai misi untuk menyiasat asal-usul Covid-19 masih menjalani kuarantin di hotel penginapan mereka.

Pasar borong makanan laut Huanan di bandar itu yang menjadi pusat wabak Covid-19 masih ditutup hingga kini. - AFP
Pasar borong makanan laut Huanan di bandar itu yang menjadi pusat wabak Covid-19 masih ditutup hingga kini. - AFP

"Kami sudah membuat hipotesis. Namun, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan dari mana virus itu bermula sama ada di China atau tidak," kata Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!