Polis pantau ketika pelajar pulang

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat (tengah) ketika lawatan sempena First Day At School di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 1, Kota Bharu pada Ahad.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat (tengah) ketika lawatan sempena First Day At School di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 1, Kota Bharu pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan akan memantau pergerakan waktu pulang pelajar yang menjalani pembelajaran secara bersemuka di 175 sekolah menengah di negeri ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 Covid-19 dikuatkuasakan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, langkah itu bagi memastikan kesemua pelajar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk tidak berkumpul dan terus pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan.

Katanya, anggota polis akan berada di pintu pagar luar bangunan sekolah kira-kira 10 minit lebih awal sebelum waktu pulang.

“Bidang kuasa pentadbiran sekolah terhad di dalam kawasan sekolah dan polis akan membantu di kawasan luar.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat (tengah) ketika bercakap kepada media sempena First Day At School di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 1, Kota Bharu pada Ahad.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat (tengah) ketika bercakap kepada media sempena First Day At School di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 1, Kota Bharu pada Ahad.

“SOP ditekankan pada waktu persekolahan dan tidak terkecuali ketika balik sekolah. Jadi, elakkan daripada dikenakan kompaun,” katanya kepada pemberita selepas Lawatan Ketua Polis Kelantan sempena First Day At School di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 1 di sini pada Ahad.

Hadir sama, Pengetua SMK Pengkalan Chepa 1, Un Mat.

Dalam perkembangan lain, PDRM Kelantan menerima 52,000 permohonan rentas negeri dan daerah dalam tempoh seminggu PKP 2.0 yang melibatkan pelbagai urusan terutama mereka yang bekerja sendiri.

Artikel Berkaitan:

“Mereka tidak mempunyai surat majikan dan memerlukan surat kebenaran daripada polis untuk bekerja manakala selebihnya permohonan membabitkan urusan penghantaran makanan.

“Tahap pematuhan SOP di kawasan bandar semakin baik berbanding sebelum ini dan polis akan memantau kawasan kampung kerana ada maklumat terdapat warung yang membenarkan pelanggan makan di kedai,” katanya.