X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Ceroboh perairan guna bot pendaftaran palsu

Kedua-dua bot itu diiring ke Jeti Pusat Tahanan Vesel, Kuala Terengganu. Gambar kecil: Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli
A
A

KUALA TERENGGANU - Cubaan 16 nelayan Vietnam mengelirukan pihak berkuasa dengan menggunakan bot bernombor pendaftaran palsu gagal apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) di perairan Terengganu.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, kesemua nelayan itu menaiki dua bot ditahan kapal KM LANGKAWI di dua lokasi berbeza pada Jumaat.

Bot yang ditahan kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Bot yang ditahan kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Menurutnya, bot pertama ditahan kira-kira 93 batu nautika dan bot kedua kira-kira 118 batu nautika dari Timur Laut Kuala Terengganu, sekitar jam empat petang.

"Hasil pemeriksaan kedua-dua bot itu mendapati, 16 kru termasuk tekong merupakan warga Vietnam, berumur di antara 18 sehingga 62 tahun dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan yang sah serta tidak mempunyai lesen untuk memungut hasil laut di perairan negara.

"Kita telah menahan mereka dan merampas dua bot serta peralatan menangkap ikan. Jumlah hasil tangkapan serta bekalan diesel yang ditahan dianggarkan bernilai RM3 juta.

"Kesemua mereka dan barang rampasan diiring masuk ke Jeti Pusat Tahanan Vesel, Kuala Terengganu bagi proses penahanan dan ujian saringan Covid-19 ke atas 16 nelayan Vietnam," katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Muhammad Suffi, kes tersebut disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, Maritim Malaysia kekal melaksanakan rondaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang baharu sahaja bermula Jumaat di Terengganu, demi menjamin keselamatan dan menyekat sebarang kesalahan di perairan negara.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!