Mayat nelayan ditemui terapung tepi laut

Mayat nelayan warga Myanmar ditemui lemas pada Sabtu selepas dilaporkan terjatuh dari bot pada Rabu. - Foto ihsan pembaca
Mayat nelayan warga Myanmar ditemui lemas pada Sabtu selepas dilaporkan terjatuh dari bot pada Rabu. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

BAGAN DATUK - Seorang nelayan yang dilaporkan hilang ketika pulang menangkap ikan pada Rabu ditemui lemas pada Sabtu.

Mayat lelaki warga Myanmar berusia 25 tahun itu ditemukan terapung di tepi laut Bagan Sungai Tiang, Rungkup di sini pada jam 11.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Kamarudin Mat Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat lelaki yang tidak dikenal pasti itu.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati mangsa bekerja sebagai nelayan dipercayai telah terjatuh dari bot ketika dalam perjalanan pulang menangkap ikan pada Rabu lalu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal dan unsur jenayah ditemui,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah mayat reput dan tiada unsur jenayah.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Artikel Berkaitan: