Tetak 25 kali bermotifkan dendam

No Image Caption
A
A
A
SHAH ALAM - Polis mengenalpasti motif pembunuhan seorang lelaki yang ditetak sebanyak 25 kali menggunakan parang panjang disebabkan dendam selepas suspek mengesyaki mangsa menganggu isterinya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang Khamis lalu itu, Dharma Raj, 34, ditemui mati di kawasan lapang berhampiran Kuil Sri Maha Kaliamman Madurai Veeran, Jalan Kampung Jawa di sini.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib. berkata, mangsa seorang pengutip besi buruk didakwa telah menganggu isteri suspek yang mana ketika itu suspek sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan dadah.

"Suspek yang baru keluar penjara sekitar empat bulan lalu kemudiannya telah bertindak membunuh mangsa dengan menetaknya menggunakan parang panjang.

“Motif kejadian itu diketahui hasil soal-siasat terhadap suspek yang direman selama tujuh bermula hari ini," katanya

Baharudin berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan suspek yang berusia 35 tahun itu di bawah pengaruh dadah semasa kejadian.

Semalam, suspek yang ditahan pada 11.20 pagi di hadapan rumah keluarganya di Taman Sentosa, Klang itu juga didapati positif dadah jenis syabu.

Selain suspek utama itu, polis turut menahan adik suspek berusia 33 tahun selama lima hari bermula semalam susulan motosikalnya digunakan suspek utama semasa kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis kenal pasti 25 kesan tetak pada mayat

Artikel Berkaitan: