18 PATI cuba masuk Malaysia ditahan

 Seramai 18 pendatang tanpa izin ditahan di Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor pagi Sabtu ketika cuba masuk ke negara ini secara tidak sah.
Seramai 18 pendatang tanpa izin ditahan di Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor pagi Sabtu ketika cuba masuk ke negara ini secara tidak sah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 18 pendatang tanpa izin ditahan di Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor pagi Sabtu ketika cuba masuk ke negara ini secara tidak sah.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia Kem Terendak, Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua mereka ditahan menerusi tiga serbuan pada pukul 2.15 pagi, 7 pagi dan 10.50 pagi ketika pelaksanaan Op Benteng.

Menurut kenyataan itu, pasukan “Quick Reaction Force” (QRF) dan Tim Drone Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) diatur gerak selepas Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) mengesan pergerakan bot yang mencurigakan menghala ke arah lokasi berkenan.

"Kesemua 18 pendatang tanpa izin warga Indonesia yang ditahan terdiri daripada lima lelaki dan 13 wanita berusia lingkungan antara 28 hingga 51 tahun, dipercayai baru tiba ke negara ini melalui jalan yang tidak sah.

Jumlah rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM16,918 melibatkan wang tunai mata wang Malaysia dan mata wang Indonesia, telefon bimbit, jam tangan serta barang kemas," menurut kenyataan itu.

Semua pendatang tanpa izin dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia dan laporan polis dibuat di Balai Polis Bayu Damai. - Bernama

Artikel Berkaitan: