Bekalan darah di Terengganu cukup untuk tujuh hari lagi

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (kanan) bersama isteri, Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman turut hadir pada program Amal Mega Blood Donation di Kuala Terengganu pada Sabtu.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (kanan) bersama isteri, Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman turut hadir pada program Amal Mega Blood Donation di Kuala Terengganu pada Sabtu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Walaupun bekalan darah di Terengganu masih stabil dan mencukupi untuk kegunaan dalam tempoh tujuh hari lagi, namun trend menderma darah di Terengganu dilihat agak menurun.

Pakar Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Dr Mohd Muhaimin Kambali berkata, penurunan pola derma darah itu didapati berlaku sejak seminggu lalu.

Katanya, situasi itu menimbulkan kebimbangan sekiranya bekalan darah semakin berkurangan.

"Minggu lalu kita hanya memperoleh sebanyak 150 beg darah berbanding permintaan bagi penggunaan sebanyak 350 beg dalam tempoh seminggu.

"Sekiranya keadaan ini berterusan, kita khuatir bekalan darah di Terengganu akan berkurangan," katanya ketika ditemui pemberita pada program Amal Mega Blood Donation di sini pada Sabtu.

Mohd Muhaimin
Mohd Muhaimin

Sehubungan itu, katanya, beliau menyeru kepada mereka yang sihat dan berkelayakan untuk tampil menderma darah.

Katanya, pelbagai inisiatif diambil bagi memudahkan mereka yang layak untuk menderma darah sekiranya berasa ragu untuk ke hospital.

Artikel Berkaitan:

"Dalam situasi pandemik Covid-19 ini mungkin masyarakat mempunyai stigma untuk ke hospital. Jadi, kita ambil inisiatif mengadakan pusat pendermaan darah di luar kawasan HSNZ.

"Proses pendermaan darah juga dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk mengehadkan bilangan penderma dalam satu-satu masa," katanya.