Penerbangan ke Sarawak dikurangkan, ikut bilik kuarantin

Amar Douglas Uggah Embas
Amar Douglas Uggah Embas
A
A
A

KOTA SAMARAHAN - Jumlah penerbangan masuk ke negeri ini dikurangkan berkuat kuasa sejak 16 Januari lepas bagi memastikan jumlah kemasukan penumpang adalah selari dengan bilangan bilik hotel yang ada untuk menempatkan mereka yang tiba dan perlu dikuarantin wajib selama 14 hari.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, keputusan itu juga dibuat bagi mengurangkan kes import Covid-19 ke dalam negeri ini.

“Kami telah melalui pengalaman pahit setelah kami membenarkan kuarantin di rumah yang mengakibatkan kes merebak begitu dahsyat di Sibu dan Miri.

"Jadi kami membuat keputusan mengurangkan penerbangan supaya bilik hotel kita di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri mencukupi bagi menampung keperluan kuarantin,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di Pasar Bandar Riyal, Samarahan di sini pada Sabtu.

Di samping itu, katanya, pihak berkuasa negeri juga kini memperhebatkan gerakan memburu pendatang asing tanpa izin dalam usaha membendung penularan kes import Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan: