X

Kindly register in order to view this article
!

Sultan Johor tinjau kerja ubah suai Masjid Jamek Bandar Mersing

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Sabtu berkenan berangkat meninjau perkembangan kerja-kerja pengubahsuaian Masjid Jamek Bandar Mersing dekat Mersing. - Foto Facebook Sultan Ibrahim
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Sabtu berkenan berangkat meninjau perkembangan kerja-kerja pengubahsuaian Masjid Jamek Bandar Mersing dekat Mersing.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim, baginda berkenan meluangkan masa hampir setengah jam melihat kerja-kerja yang dilakukan di masjid berkenaan dengan diiringi Pegawai Daerah Mersing, Mohd Radzi Mohd Amin dan Kadi Daerah Mersing, Khairudin Salimin.

Mohd Radzi seperti yang dimuat naik menerusi hantaran itu berkata sepanjang lawatan tersebut, Sultan Ibrahim turut berkenan menyampaikan beberapa titah penting berhubung kerja-kerja pengubahsuaian berkenaan.

"Pada hari ini, baginda (Sultan Ibrahim) berkenan berangkat dan meluangkan masa meninjau perkembangan terkini kerja-kerja pengubahsuaian yang sedang giat dijalankan.

"Kami menjangkakan kerja-kerja pengubahsuaian dapat disiapkan sepenuhnya sebelum Mac ini," kata Mohd Radzi.

Menurut hantaran itu, Masjid Jamek Bandar Mersing yang dibina pada 1956, berkonsepkan seni bina Afrika Selatan dan mampu memuatkan hampir 600 jemaah.

Sebuah kubah bersaiz besar memenuhi bahagian bumbung masjidnya yang rata manakala bentuk bangunan keseluruhannya empat persegi dan terdapat dua anjung serta satu menara dibina bercantum di sisi bangunan masjid tersebut.

Anjung tersebut dibina mengikut reka bentuk seni bina Melayu. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!