KPM usaha perkasa TV Pendidikan

Dr Mohd Radzi Md Jidin - Foto Bernama
Dr Mohd Radzi Md Jidin - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk terus memperkasa TV Pendidikan yang kini bersiaran selama sembilan jam sehari di beberapa stesen televisyen dengan pendekatan bersesuaian.

Menghargai pandangan dan saranan pelbagai pihak berkaitan TV Pendidikan, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, KPM mewujudkan kembali TV Pendidikan pada 6 April 2020 sejurus pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada 18 Mac tahun sama.

“KPM telah mewujudkan semula TV Pendidikan konvensional bagi membantu murid yang tidak mempunyai akses internet atau peranti sesuai untuk mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Pada masa ini, TV Pendidikan bersiaran selama sembilan jam sehari iaitu dua jam di TV Okey, empat jam di Astro Tutor TV dan tiga jam di NTV7. Kami sedar jumlah masa siaran ini masih belum mencukupi dengan mengambil kira keadaan semasa,” katanya dalam Twitter rasmi beliau pada Sabtu.

Menurut ciapan itu, TV Pendidikan yang mula bersiaran di televisyen konvensional pada 1972 telah dipindahkan kepada kaedah secara dalam talian melalui EduwebTV pada 1 Mac 2008 dan tidak lagi disiarkan di saluran televisyen konvensional bermula 1 Januari 2009. - Bernama

Artikel Berkaitan: