Dr Adham puji petugas barisan hadapan urus Covid-19
JOHOR BAHRU - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memuji khidmat tanpa kenal erti lelah yang disumbang petugas barisan hadapan khususnya petugas kesihatan yang sedang berdepan secara langsung dengan pandemik Covid-19.
Menerusi satu kenyataan ringkas yang dimuat naik di Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Adham berkata, beliau secara peribadi melihat petugas kesihatan sangat komited dan memberikan khidmat kepada rakyat dengan penuh kasih sayang.
"Mereka juga pantas dan terlatih untuk membuat kerja yang terbaik. Terima kasih saya ucapkan. Pengorbanan anda semua amat besar sekali buat negara ini," katanya dalam catatan yang menyusul selepas beliau mengadakan lawatan ke Pusat Kesihatan Daerah Kulai, pada Sabtu.
Beliau meluangkan masa lebih sejam bagi melihat sendiri tahap kesiapsiagaan operasi petugas barisan hadapan KKM yang berkhidmat di pusat kesihatan berkenaan.
Selain petugas KKM, operasi di pusat kesihatan itu turut dibantu pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi kerajaan lain yang terlibat dalam mengawal pandemik Covid-19 dalam negara. - Bernama
Bersama kita mainkan peranan dalam memerangi COVID-19.
Posted by Dr Adham Baba on Tuesday, November 10, 2020
Kes Covid-19 di Pulau Pinang menurun
Perak rekod 1,089 kes Covid-19 dalam tempoh dua minggu
Empat kes Covid-19 dikesan di PPS Johor
Covid-19: Pemakaian pelitup muka masih digalakkan di sekolah
Rangka manusia ditemui di kuarters guru terbiar
Lelaki ditemui maut dalam mesin pembancuh simen
Dua menteri Kabinet sepatutnya tahu kewujudan titah adendum – Dr Akmal
Jenazah anak KPD Lahad Datu selamat dikebumikan