Perhimpunan haram: Dua ADUN DAP dipanggil beri keterangan

Tan Kok Yew, Teh Swee Leong
Tan Kok Yew, Teh Swee Leong
A
A
A

ALOR SETAR - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Kedah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung satu perhimpunan di bekas tapak kuil berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Alor Setar pada tahun lepas.

ADUN Kota Darul Aman, Teh Swee Leong berkata, beliau bersama ADUN Derga, Tan Kok Yew dipanggil memberi keterangan selama lebih kurang 45 minit pada Jumaat berkenaan satu aktiviti didakwa perhimpunan haram.

Menurutnya, bagaimanapun, pihaknya bukanlah mengikuti perhimpunan haram sebaliknya ia adalah upacara sembahyang selepas kuil Hindu di kawasan berkenaan dirobohkan.

"Jadi, kami menghadiri upacara sembahyang berkenaan selepas dipanggil jawatankuasa kuil selepas kuil itu dirobohkan pihak berkuasa tempatan pada Julai lepas.

"Namun begitu, saya bersedia memberi kerjasama untuk membantu siasatan," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Sementara itu, Kok Yew dalam hantaran di Facebook turut memberitahu, beliau dan Swee Leong telah disoal siasat oleh pihak polis berhubung satu gambar mereka.

Menurutnya, ada pihak membuat laporan polis menuduh mereka menghadiri perhimpunan haram.

"Inilah nasib dan layanan istimewa Yang Berhormat Pembangkang? Gambar ini diambil pada Julai tahun lepas semasa upacara sembahyang setelah kuil Hindu dirobohkan pihak berkuasa," tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shkri Mat Akhir berkata, pihaknya membuka siasatan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Katanya, setakat ini, dua orang dipanggil membantu siasatan lanjut kerana terlibat dalam satu perhimpunan di bekas tapak kuil dekat Stesen KTM Alor Setar.

Kelmarin saya dan YB Teh telah disoal-siasat oleh pihak polis berhubung dengan gambar ini. Ada orang telah membuat...

Posted by Tan Kok Yew on Friday, January 22, 2021