Tidak kompromi isu fitnah: Adly

Adly Zahari menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) di Ayer Keroh di sini.
Adly Zahari menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) di Ayer Keroh di sini.
A
A
A

MELAKA - Kerajaan negeri di bawah PH bersedia menerima kritikan yang dilemparkan pelbagai pihak, tetapi tidak sesekali berkompromi terhadap sebarang bentuk penyebaran fitnah.

Pengerusinya, Adly Zahari, berkata fitnah yang cuba disampaikan melalui pelbagai medium itu harus dihentikan segera bagi mengelak ia mengancam perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

"Mengambil contoh dakwaan fitnah jawatankuasa masjid yang dilemparkan, sebenarnya kita tidak membuat sebarang tindakan sehingga Disember tahun lalu.

"Bermula November lalu, kita telah memulakan proses pelantikan jawatankuasa masjid baharu dan jawatankuasa ini hanya akan bermula pada Mac tahun ini," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) di Ayer Keroh di sini.

Adly diminta mengulas berhubung beberapa laporan polis yang dibuat oleh parti Amanah serta badan bukan kerajaan (NGO) terhadap Pesuruhjaya Pas negeri, Kamarudin Sidek yang didakwa memfitnah MAIM dan kerajaan negeri.

Sebanyak lima laporan polis dibuat terhadap Kamarudin yang didakwa memfitnah MAIM dan kerajaan negeri oleh Pemuda Amanah negeri, Amanah Kawasan Alor Gajah, Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Alor Gajah, serta Pemuda Amanah Kawasan Alor Gajah.

Manakala, dua laporan polis lagi turut dibuat atas dakwaan sama oleh Amanah Bahagian Jasin dan NGO, Amal Relief Malaysia, Melaka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, di sini, kelmarin.

Artikel Berkaitan: