Hutan Simpan Segari: Banyak lagi kerosakan mungkin ditemui

Ismady
Ismady
A
A
A

IPOH - Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) yakin ada banyak lagi kesalahan dan kerosakan alam ditemui sekiranya pemeriksaan terperinci dilakukan di kawasan Hutan Simpan Segari Melintang di Manjung.

Timbalan Presidennya, Ismady Radzuan berkata, mungkin ada lagi ketidakpatuhan ditemui dan pihaknya pernah melaporkan kerosakan alam sekitar di kawasan terbabit akibat kegiatan kuari pada tahun 2017.

“Untuk mengatakan kawasan air terjun berkenaan tidak terjejas juga tidak logik kerana kami ada rekod dan ada buat laporan pada 2017 yang menyatakan sudah ada kerosakan berlaku di kawasan itu.

"Pihak Exco negeri dan Kementerian Alam Sekitar dan Air tiada maklumat, tetapi mereka boleh memeriksa perkara itu melalui agensi yang ada," katanya di sini pada Sabtu.

Ismady berkata, pemulihan semula kawasan air yang musnah didakwa kerajaan negeri sebagai bukanlah Air Terjun Tanjung Batu perlu disegerakan.

Katanya, pihaknya mengakui mungkin berlaku kesilapan kerana terdapat dua air terjun bersebelahan di kawasan itu sebagaimana didakwa penduduk setempat.

"Untuk mengatakan ia hanya alur air yang muncul selepas hujan adalah tidak munasabah, kerana air di kawasan itu tetap mengalir walaupun ketika musim kering, kawasan berair juga bertingkat.

"Orang kampung memanggil kawasan itu sebagai Tanjung Batu, tetapi ada juga yang memanggilnya Teluk Sera, di situ ada kekeliruan oleh penggiat alam sekitar dan penduduk kampung, gambar tersebar adalah di lokasi yang tak terjejas,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Ismady berkata, kawasan yang dilaporkan media sudah berlaku kemusnahan teruk malah, JAS telah mengenalpasti enam ketidakpatuhan Laporan Penilaian Kesan Alam (EIA) oleh operator yang terbabit.

Semalam, Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamaruddin mendakwa Air Terjun Tanjung Batu Teluk Sera di Segari masih terpelihara dan langsung tidak terjejas kerana ia bukan sebahagian daripada tapak kuari di dalam Hutan Simpan Segari Melintang.

Katanya, air terjun terjejas itu merupakan alur air terbentuk hasil satu takungan air di kawasan setinggi 200 meter dalam kawasan diberi lesen di Kompartmen 16 (Blok E), Hutan Simpan Segari Melintang tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN Kegiatan kuari di hutan simpan membimbangkan

Pembaikan, pemulihan Air Terjun Tanjung Batu dilakukan