Makanan percuma kepada individu memerlukan

AJK PKPIM sedang menyediakan bungkusan makanan percuma kepada golongan yang memerlukan di gerai ikan bakar d'Alisa pada Jumaat.
AJK PKPIM sedang menyediakan bungkusan makanan percuma kepada golongan yang memerlukan di gerai ikan bakar d'Alisa pada Jumaat.
A
A
A

SEREMBAN - Pertubuhan Kebajikan dan Pembangunan Insan Malaysia (PKPIM) Negeri Sembilan menyediakan makanan percuma setiap hari sehingga tamat PKP 2.0 pada 4 Febuari bagi membantu individu yang memerlukan.

Pengerusinya, Mohd Aryan Kailash Arumugam berkata, idea penganjuran makanan percuma itu atas dasar kemanusiaan di samping menjalankan tanggungjawab sosial pertubuhan itu.

"Kita tahu ramai yang susah dalam tempoh PKP ini, jadi kami tawarkan makanan percuma di tiga cawangan kedai ikan bakar d'Alisa kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

"Sasaran kami sebanyak 30 bungkus nasi dan lauk sehari di semua cawangan gerai ikan bakar di Kampung Chedang, Medan Selera Rasah Jaya dan Taman Seremban Jaya.

"Tawaran makanan percuma ini tertakluk kepada makanan bungkus yang kami sediakan dan jika PKP masih dilanjutkan, insyaALLAH kita akan pertimbangkan untuk meneruskan program ini," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Mohd Aryan
Mohd Aryan

Hadir sama, Ketua Biro Mualaf Budaya Centre Seremban, Asyirah Abd Kasim.

Tambahnya, setiap makanan berharga antara RM7 ke RM8 dan antara menu makanan yang akan disediakan seperti ikan bakar bersama nasi putih, nasi ayam dan nasi berlauk.

Artikel Berkaitan:

Kepada individu tanpa mengira bangsa dan agama, jika memerlukan makanan datanglah cawangan gerai ikan bakar d'Alisa.

"Kami akan membantu sedaya mungkin. Bagi yang berkeluarga jangan sesekali biarkan meja kosong tanpa makanan, kalau ada rezeki, InsyaALLAH kami akan bantu," katanya.

Mohd Aryan (kiri) menyampaikan makanan percuma kepada orang ramai selepas solat Jumaat di sekitar Masjid Kampung Baru Rasah.
Mohd Aryan (kiri) menyampaikan makanan percuma kepada orang ramai selepas solat Jumaat di sekitar Masjid Kampung Baru Rasah.