Lampard ramal Chelsea terima tentangan sengit berdepan Luton

Lampard
Lampard
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Frank Lampard menjangkakan skuad kendaliannya itu bakal menerima tentangan sengit ketika berdepan Luton Town pada aksi Piala FA Inggeris, di Stamford Bridge malam esok.

Menurut Lampard, prestasi cemerlang skuad The Hatters itu dalam saingan Liga Kejuaraan setakat ini, turut dilihat bakal memberikan kesukaran buat The Blues pada perlawanan berkenaan.

“Saya difahamkan, mereka (Luton) kini beraksi baik dalam Liga Kejuaraan. Mereka juga sebuah pasukan yang baik.

“Ini pula saingan Piala FA dan seperti yang kita tahu, ia adalah saingan kalah mati. Pasukan yang tewas, akan tersingir.

“Oleh itu, sudah pasti saya akan menurunkan kesebelasan terbaik bagi menjamin kemaraan kami ke pusingan yang seterusnya selepas ini,” katanya.

Sementara itu bagi mengulas berhubung pemainnya Fikayo Tomori yang diberitakan bakal dipinjamkan ke AC Milan, Lampard berkata setakat ini perkara berkenaan masih belum dimuktamadkan.

Katanya, setakat ini pemain berusia 23 tahun itu dijangka akan terus beraksi di Stamford Bridge.

“Bagi saya, dia (Tomori), dilihat berpotensi besar untuk muncul selaku antara pemain pertahanan terbaik di EPL.

Artikel Berkaitan:

“Sebagai pemain muda, bakatnya juga dilihat sedang ‘berkembang,’ bermula dari pasukan asalnya Derby County dan kemudiannya beraksi dengan skuad kebangsaan England dan kini beraksi dengan kita (Chelsea).

“Perjalanan kariernya sangat menarik dan samada dia dipinjamkan atau tidak, dia tetap akan muncul sebagai seorang pemain yang hebat suatu hari nanti,” katanya.