Kesebelasan terbaik United berdepan Liverpool

Solskjaer
Solskjaer
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berharap dapat menurunkan kesebelasan terbaik bagi berdepan Liverpool pada aksi pusingan keempat Piala FA Inggeris di Old Trafford awal padi Isnin ini.

Tegas Solskjaer, pihaknya juga akan melakukan sedikit rombakan menerusi penggiliran pemain dalam usaha memantapkan skuad The Red Devils itu ketika berdepan The Reds.

“Ya, kami akan lakukan penggiliran pemain untuk perlawanan ini. Tujuannya adalah untuk menurunkan kesebelasan yang terbaik.

“Sudah pasti kesebelasan terbaik yang dimaksudkan adalah kesebelasan yang saya fikirkan mampu membantu kemenangan pasukan.

“Fokus utama kami kini adalah pada saingan Piala FA dan kami sedar ia adalah saingan yang cukup sukar,” katanya.

United yang kini peneraju Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 40 mata dilihat tidak berdepan masalah melakukan penggiliran berkenaan kerana memiliki ramai pemain yang mampu mengisi ‘kekosongan’ yang ditinggalkan rakan-rakan sepasukan kelak.

Solskjaer dijangka melakukan rombakan pemain United pada aksi berdepan Liverpool.
Solskjaer dijangka melakukan rombakan pemain United pada aksi berdepan Liverpool.

Tambah Solskjaer, pemain-pemain seperti Edinson Cavani, Bruno Fernandes, Anthony Martial, Marcus Rashford, Mason Greenwood, Paul Pogba, Jesse Lingard, Scott McTominay dan lain-lain dilihat mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan kelak.

Artikel Berkaitan:

“Bagi saya, pemain-pemain ini hanya perlu ‘diasah’ dan mereka akan menjadi lebih baik apabila semakin serasi dengan rakan-rakan sepasukan,” katanya.

Sementara itu Solskjaer membidas kenyataan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp yang mengatakan skuad The Red Devils itu dilihat lebih banyak beraksi ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield minggu lalu.

“Bagi saya, apa yang dikatakan oleh Klopp adalah tidak benar kerana kami bermain dengan corak menyerang pada keseluruhan permainan; lihat sahaja pemain kami Marcus Rashfor yang dikesan ofsaid sebanyak lima kali pada perlawanan berkenaan.

“Secara keseluruhannya, kami terperangkap ofsaid sebanyak lapan kali. Ini membuktikan kami memang bermain dengan corak menyerang,” katanya.