X

Kindly register in order to view this article
!

Polis siasat wanita ambil wang tendang CDM

Seorang pengguna Facebook memuat naik status berhubung kejadian terbabit.
A
A

KUALA SELANGOR - Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tular seorang wanita mengambil wang tunai RM150 yang 'ditendang' mesin deposit tunai (CDM) sebuah bank di Bestari Jaya di sini pada 4 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan awal polis mendapati wanita terbabit tidak mengambil duit tendang seperti yang didakwa.

"Pihak bank atau orang awam tidak nampak wanita itu mengambil wang terbabit.

"Wang yang dimasukkan hanyalah RM150 bukan seperti yang tular berjumlah RM4,950," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Sebelum ini, tular gambar wanita terbabit kononnya mengambil wang milik lelaki warga emas yang 'ditendang' CDM sebuah bank.

Seorang pengguna Facebook memuat naik status meminta orang ramai mengesan wanita seperti di dalam gambar yang tular terbabit.

"Laporan polis telah dibuat untuk siasatan lanjut," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!