X

Kindly register in order to view this article
!

Pasangan positif Covid-19 kahwin di hospital

Kerr dan suaminya, O'Brien masih memerlukan bantuan oksigen selepas dirawat di hospital sejak awal bulan lalu. - Foto Agensi
A
A

MILTON KEYNES - Hasrat untuk memeterai perkahwinan ketika musim pandemik Covid-19 akhirnya tercapai walaupun rancangan asal majlis itu sepatutnya berlangsung pada Jun depan.

Pasangan dari United Kingdom (UK), Elizabeth Kerr dan Simon O'Brien berkahwin di Milton Keynes University Hospital, selatan England selepas kedua-duanya yang dijangkiti Covid-19 dikejarkan di dalam ambulans sama ke pusat rawatan terbabit berikutan paras oksigen mereka menurun pada tahap terendah.

Keadaan kedua-duanya dilaporkan semakin serius hingga kakitangan perubatan memutuskan untuk segera melangsungkan perkahwinan pasangan itu malah mereka juga menangguhkan pemindahan O'Brien ke unit rawatan rapi (ICU) yang memerlukan intubasi pada 12 Januari lalu.

"Pihak hospital tangguhkan prosedur itu selama sejam bagi membolehkan kami berkahwin.

"Dia kemudiannya diberikan sedatif dan diberikan bantuan ventilator sejurus saya ucapkan 'saya sudi' ketika melafazkan ikrar perkahwinan kami," kata Kerr sambil menggenggam erat tangan suaminya.

Ketika ini, tahap kesihatan O'Brien dilaporkan semakin baik walaupun masih memerlukan bantuan oksigen.

"Kami masih perlu menunggu tempoh beberapa hari lagi untuk ciuman pertama," ujarnya. - Agensi


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!