Nekad terjun sungai elak dicekup polis

Pasukan bomba melakukan operasi SAR setelah seorang lelaki nekad terjun ke dalam Sungai Sembrong Kecil, Batu 5, Jalan Mersing, Kluang pada Jumaat.
Pasukan bomba melakukan operasi SAR setelah seorang lelaki nekad terjun ke dalam Sungai Sembrong Kecil, Batu 5, Jalan Mersing, Kluang pada Jumaat.
A
A
A

KLUANG - Seorang lelaki yang sedang khayal dipercayai bawah pengaruh dadah nekad terjun ke dalam Sungai Sembrong Kecil, Batu 5, Jalan Mersing dekat sini ketika dikejar polis pada Jumaat.

Individu berusia dalam lingkungan 22 tahun itu dikejar anggota polis yang melakukan operasi menangkap penagih dadah berbuat demikian pada jam 4.50 petang.

Selepas tindakannya itu, lelaki terbabit tidak timbul sebelum pihak polis menghubungi Pasukan Keluaran Operasi (PKO) Johor untuk mendapatkan bantuan.

Seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasinya, Penguasa Bomba Kanan II, Jusoh Mohd Salleh berkata, pihak bomba melancarkan gerakkan mencari dan menyelamat (SAR) dengan menggunakan teknik pencarian di permukaan air namun gagal menemui lelaki berkenaan.

"Operasi SAR terpaksa dihentikan pada jam 7 malam berikutan keadaan cuaca gelap dan akan disambung semula jam 8.30 pagi Sabtu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: