X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: KTE Durian Daun diarah tutup seminggu

Noor Effandi
A
A

KOTA MELAKA - Kolej Tingkatan Enam (KTE) Tun Fatimah di Durian Daun di sini, diarah tutup serta-merta selama seminggu selepas seorang guru yang berkhidmat di sekolah itu disahkan positif Covid-19.

Exco Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal, Vokasional, Sains dan Inovasi) negeri, Datuk Noor Effandi Ahmad berkata, penutupan sekolah selama tujuh hari bermula pada Jumaat hingga 28 Januari itu bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka.

"Kita difahamkan guru tersebut tidak bergejala dan mereka yang mempunyai kontak rapat dengan individu tersebut juga diminta supaya membuat saringan Covid-19.

"Bagaimanapun, ini merupakan kes terpencil dan ibu bapa tidak perlu bimbang kerana tindakan segera telah dilaksanakan," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Noor Effandi berkata, kesemua guru serta 499 pelajar Tingkatan Enam yang merupakan kontak rapat kepada guru itu diarahkan untuk menjalani kuarantin setelah dihubungi Pusat Kesihatan Daerah Melaka Tengah.

Katanya, kesemua yang terlibat juga diarahkan untuk mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semasa tempoh penutupan sementara sekolah itu.

Sementara itu, Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman turut mengesahkan perkara itu dan kes masih disiasat. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!