Mangsa banjir di Sabah turun mendadak kepada 94 orang

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KOTA KINABALU - Mangsa banjir di Sabah turun mendadak kepada 94 orang daripada 22 keluarga setakat jam 9 malam ini berbanding 352 orang daripada 99 keluarga pada 4 petang tadi berikutan bencana banjir yang semakin pulih di negeri ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Sabah menerusi kenyataan malam ini memberitahu, hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka iaitu Dewan Mohd Dun Banir di Beaufort dan Dewan Kampung Song-Song, Kota Belud.

"Dewan Mohd Dun Banir menempatkan 52 mangsa daripada 14 keluarga manakala 42 mangsa daripada lapan keluarga masih di Dewan Kampung Song-Song," katanya.

Menurut kenyataan itu, tiga pusat pemindahan ditutup malam ini iaitu Dewan Pa'Musa di Beaufort, Dewan Sekolah Suang Punggor di Kota Belud dan Rumah Kebudayaan Kampung Kalang Banar di Tenom.

Cuaca malam ini baik dengan hujan dan angin kencang hanya di beberapa tempat antaranya Sipitang dan Kuala Penyu. - Bernama

Artikel Berkaitan: