KPM rancang tambah siaran TV Pendidikan

Habibah - Foto Bernama
Habibah - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang merancang kerjasama untuk menambah lagi siaran TV Pendidikan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim berkata, ini kerana kaedah itu dilihat mempunyai capaian yang lebih meluas.

Menurutnya, langkah itu diambil susulan kekangan yang berlaku pada tahun lalu apabila sesi persekolahan terpaksa ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.

"Kita tidak ada membuat siaran TV Pendidikan sebelum ini sebab kita dah bergerak ke web dan sebagainya.

"Tapi sebab tahun lepas (ada) kekangan, (jadi) kita tengok bagaimana pembelajaran boleh berlaku di rumah (jadi) kita kembalikan TV Pendidikan.

"Astro Tutor dengan TV Okey selama enam jam, kemudian tambah dengan NTV7 selama sembilan jam dan (sekarang) sedang merancang untuk bekerjasama dengan pihak lain untuk tambah lagi dari segi waktu siaran TV Pendidikan ini.

"Satu sebab kaedah pembelajaran ini boleh sampai kepada murid sebab semua isi rumah mempunyai televisyen," katanya pada sidang akhbar secara dalam talian berkaitan Pengoperasian Sekolah Tahun 2021 menerusi aplikasi Webex pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: RTM sedia saluran pendidikan khas

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Habibah turut memberitahu cadangan pemberian satu tablet kepada satu keluarga seperti dalam inisiatif Belanjawan 2021 masih dalam peringkat perancangan.

Beliau bagaimanapun berkata, KPM akan bekerjasama dengan Yayasan Hasanah bagi memastikan ia mencapai seperti sasaran yang diumumkan sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: PdPR tidak bergantung pada gajet sepenuhnya