WUIF sumbang 300 naskhah al-Quran kepada PKRC MAEPS

Sebanyak 300 naskhah al-Quran telah diwakafkan di PKRC MAEPS 2.0.
Sebanyak 300 naskhah al-Quran telah diwakafkan di PKRC MAEPS 2.0.
A
A
A

SERDANG - Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) menyerahkan sebanyak 300 naskhah al-Quran kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini pada Jumaat.

Sumbangan al-Quran tersebut diagihkan kepada pesakit dan kakitangan di pusat kuarantin bagi kes Covid-19.

Sekreteriat Wakaf Al-Quran WUIF, Hashim Anang berkata, sumbangan al-Quran yang diwakafkan itu adalah yang kedua untuk pusat tersebut.

"Kali pertama sumbangan ini disampaikan WUIF ialah pada Julai lalu apabila PKRC itu diaktifkan.

"Jadi pada kali ini, sumbangan al-Quran ini merupakan sumbangan yang diamanah para pewakaf menerusi program yang digerakkan oleh WUIF," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sumbangan Al-Quran Al-Harmain tersebut disampaikan kepada Timbalan Pengarah PKRC MAEPS, Kol Dr Aeriza Mohd Yusak.

Sementara itu, Dr Aeriza berkata, pihaknya menghargai sumbangan daripada para pewakaf itu dan berharap ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pesakit dan kakitangan.

"Terima kasih kepada para pewakaf yang bermurah hati, Insya-ALLAH kami akan memanfaatkan sumbangan ini untuk dikongsi oleh kakitangan dan mereka yang ditempatkan di sini," ujarnya.

Artikel Berkaitan: