Anak, menantu Trump dapat perlindungan tambahan

Anak-anak Trump bersama cucu beliau ketika menyertai upacara perpisahan bekas Presiden itu di Joint Base Andrews di Maryland pada Rabu lalu. - Foto Agensi
Anak-anak Trump bersama cucu beliau ketika menyertai upacara perpisahan bekas Presiden itu di Joint Base Andrews di Maryland pada Rabu lalu. - Foto Agensi
A
A
A

TALLAHASSEE - Empat anak dan dua menantu bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan mendapat perlindungan tambahan selama enam bulan walaupun penggal pentadbirannya telah berakhir pada Rabu.

ABC News memetik kenyataan bekas pegawai di bawah pentadbiran beliau melaporkan perlindungan oleh Perkhidmatan Rahsia itu juga diberikan kepada bekas Ketua Turus, Mark Meadows; bekas Penasihat Keselamatan Negara, Robert O-Brien dan bekas Setiausaha Perbendaharaan, Steve Mnuchin.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan sama ada arahan untuk melanjutkan tempoh perlindungan itu dibuat sendiri oleh bilionair hartanah terbabit.

Difahamkan, perkara seperti itu jarang berlaku kepada bekas Presiden dan keluarganya serta pegawai tertinggi bekas pentadbiran di Rumah Putih untuk menerima 'keistimewaan' seperti itu.

Di bawah undang-undang AS, bekas Presiden dan Wanita Pertama diberi perlindungan seumur hidup manakala anak bongsu mereka, Barron Trump akan mendapat hak itu sehingga dia berusia 16 tahun.

Sementara itu, bekas Naib Presiden, Mike Pence akan menerima perlindungan selama enam bulan selepas perkhidmatannya tamat.

Ejen bersara Perkhidmatan Rahsia, Don Mihalek berkata, keputusan untuk melanjutkan tempoh perlindungan itu biasanya disebabkan oleh 'ancaman' yang diterima.

Artikel Berkaitan: