X

Kindly register in order to view this article
!

Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah ditutup, guru positif Covid-19

Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah ditutup serta-merta pada Jumaat susulan seorang guru lelaki disahkan positif Covid-19.
A
A

MELAKA - Jabatan Pendidikan Negeri mengarahkan Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah (KTETF) Durian Daun di sini ditutup serta-merta pada Jumaat susulan seorang guru lelaki disahkan positif Covid-19.

Exco di Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal & Vokasional Sains dan Inovasi) Negeri, Datuk Noor Effandi Ahmad berkata, kolej yang menempatkan seramai 499 pelajar Tingkatan Enam itu diarahkan tutup selama seminggu hingga Khamis ini untuk kerja-kerja sanitasi.

Menurutnya, kes itu terpencil dan ibu bapa tidak perlu bimbang kerana tindakan segera telah dilaksanakan.

"Penutupan sementara itu hanya melibatkan Kolej Tingkatan Enam sekolah berkenaan sahaja bermula 22 hingga 28 Januari dan penutupan itu atas nasihat Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah.

"Difahamkan hanya isteri kepada guru itu yang bergejala dan guru lelaki terbabit tidak bergejala. Walau bagaimanapun mereka yang mempunyai kontak rapat dengan individu terbabit memang diminta membuat saringan Covid-19," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas berkata, disebabkan itu, kesemua guru dan pelajar akan mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam tempoh tersebut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!