Dua warga Pakistan ditahan di KLIA guna slip ujian Covid-19 palsu

Dua warga Pakistan ditahan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas dipercayai menggunakan slip ujian saringan Covid-19 palsu.
Dua warga Pakistan ditahan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas dipercayai menggunakan slip ujian saringan Covid-19 palsu.
A
A
A

SEPANG - Dua warga Pakistan diberkas di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Selasa selepas dipercayai menggunakan slip ujian saringan Covid-19 palsu.

Difahamkan, suspek ditahan sepasukan anggota Risikan dan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA kira-kira jam 1 pagi.

Penahanan suspek susulan risikan dan intipan yang mendakwa terdapat kegiatan menjual slip ujian saringan Covid-19 palsu.

Slip yang memaparkan nama sebuah hospital swasta terkenal dipercayai dipalsukan berikutan semakan yang dijalankan mendapati nombor siri yang tertera adalah nama individu lain.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman berkata, kedua-dua lelaki berusia 27 dan 36 tahun itu ditahan sebelum menaiki penerbangan pulang ke negara mereka.

"Semakan kita mendapati mereka menggunakan slip ujian Covid-19 yang palsu.

"Suspek kini telah ditahan untuk siasatan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Tegasnya, siasatan masih dijalankan untuk pihaknya mengenal pasti individu atau dalang yang terlibat dalam kes berkenaan.

Artikel Berkaitan: