Pengeluaran i-Sinar bersasar pinggir banyak kumpulan memerlukan

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Pengeluaran i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar dilihat meminggirkan banyak kumpulan yang sewajarnya mendapat manfaat itu ketika berdepan situasi sukar Covid-19.

Menurut Exco Pemuda UMNO, Mustafa Shah Abdul Hamid, hasil tinjauan di media sosial ramai yang tidak berpuas hati dengan syarat yang dikenakan bagi pengeluaran i-Sinar yang meminggirkan kelompok pertengahan.

Beliau turut memberi contoh dua situasi yang dihadapi masyarakat.

"Zaki berusia 46 tahun bekas pekerja sebuah syarikat bekerja sendiri dengan membuka kedai runcit. Zaki tidak lagi mencarum KWSP manakala tiga anaknya juga sudah bekerja dan isterinya kakitangan awam.

"Permohonan i-Sinar Zaki lulus dan mendapat RM10,000 hasil carumannya ketika bekerja dengan sebuah syarikat swasta suatu masa dulu.

"Faizal berusia 30-an, bekerja di sebuah syarikat. Faizal mempunyai tiga orang anak yang sedang membesar dan bersekolah. Akibat Covid-19 syarikat Faizal bekerja dan membuat pemotongan gaji sebanyak 15 peratus, caruman KWSP masih berjalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi i-Sinar kategori 2

"Bagaimanapun Faizal tidak layak untuk membuat pengeluaran i-Sinar walaupun dia sebenarnya lebih memerlukan berbanding Zaki," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Justeru, beliau mahu kerajaan menilai kembali keadaan itu kerana ada pencarum yang benar-benar memerlukan.

"Berilah peluang pengeluaran i-Sinar tanpa syarat supaya mereka yang memerlukan dapat mengeluarkan 'duit mereka sendiri' untuk menampung kesukaran yang dihadapi ketika ini," katanya.

Dalam pada itu Mustafa turut membangkitkan mengenai pembelajaran secara digital yang memerlukan pelajar menggunakan peranti atau gajet untuk tujuan pembelajaran mereka

Beliau percaya ibu bapa dapat memanfaatkannya bagi memenuhi keperluan anak-anak mereka untuk belajar dalam era baru ini.