redONE agih bantuan untuk mangsa banjir

redONE menunaikan CSR dengan memberi bantuan beg barang keperluan kepada mangsa terjejas banjir.
redONE menunaikan CSR dengan memberi bantuan beg barang keperluan kepada mangsa terjejas banjir.
A
A
A

KEMAMAN - Seramai 300 keluarga yang terjejas banjir baru-baru ini mampu menarik nafas lega apabila menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian daripada REDONE Network Sdn Bhd (redONE).

Pengarah Jualan Pantai Timur, Steven Yong berkata, barang keperluan seperti beras, mi segera, pelitup muka, biskut dan air mineral itu diharap dapat meringankan beban mangsa akibat banjir teruk yang melanda kawasan itu.

“redONE sentiasa prihatin untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada masyarakat setempat yang terjejas teruk akibat bencana banjir.

"Diharap sumbangan ikhlas ini dapat menggembirakan mangsa yang terjejas akibat,” katanya pada majlis penyerahan bantuan yang turut dihadiri Pengurus Jualan Terengganu, Goh, Pengurus FSM, Jensen dan Pengurus Projek, Aiman Fazran di Chukai di sini pada Khamis.

Sebanyak 300 beg barang keperluan itu diserahkan kepada Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai, Dr. Megat Suhaimi yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat.

redONE mengagihkan 300 beg barang keperluan kepada mangsa yang terjejas banjir.
redONE mengagihkan 300 beg barang keperluan kepada mangsa yang terjejas banjir.

Menurut Steven, selain Terengganu, redONE turut mengagihkan bantuan sama kepada 600 mangsa banjir di Pahang dan Kelantan sebagai tanda keprihatinan syarikat itu kepada golongan yang ditimpa bencana.

Sumbangan buat mangsa banjir di pantai timur itu juga katanya sebahagian daripada tangunggjawab sosial korporat (CSR) syarikat.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, beliau memaklumkan redONE menawarkan pelan terbaru data dan panggilan tanpa had pada harga RM50 sahaja dengan pelanggan boleh mengekalkan nombor lama dan bertukar ke talian redONE tanpa bayaran pendahuluan.

“redONE satu-satunya syarikat telekomunikasi yang membenarkan pelanggan disenarai hitam mendaftar pelan pascabayar tanpa kontrak. RedONE juga menawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat kemerosotan ekonomi melalui program RPSA.

“Peluang ini bagi menambah pendapatan dengan waktu bekerja fleksibel dan pelbagai aliran insentif yang berterusan serta elaun bulanan sehingga RM3,000 untuk RPSA sepenuh masa,” katanya.