X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 20 Oktober 2021

RON97, RON95 naik satu sen, diesel naik empat sen

A
A

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol bagi RON97 dan RON95 naik satu sen seliter berkuatkuasa tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, harga runcit diesel turut mengalami peningkatan sebanyak empat sen.

"Harga runcit petrol RON97 adalah RM2.19 seliter naik kepada RM2.20 seliter manakala RM1.89 kepada RM1.90 bagi RON95.

"Harga baharu bagi diesel adalah RM2.09 berbanding sebelumnya, RM2.05," kata kenyataan itu.

Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan adalah menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

"Harga runcit tersebut adalah bagi tempoh 23 hingga 29 Januari," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!