12 individu dikesan bantu siasatan jenayah komersial

Moses menunjukkan gambar individu yang dikesan bagi membantu polis selesaikan kes jenayah komersial di Sabah.
Moses menunjukkan gambar individu yang dikesan bagi membantu polis selesaikan kes jenayah komersial di Sabah.
A
A
A

KOTA KINABALU - Polis Sabah mengesan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung kes jenayah komersial yang berlaku di negeri ini sejak empat tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sabah, Superintendan G Moses Govindarajoo berkata, individu berusia antara 29 hingga 64 itu dikesan bagi membantu siasatan berhubung 10 kes penipuan dan dua jenayah pecah amanah (CBT).

"Kes-kes ini berlaku pada 2016, 2018 dan 2020 iaitu melibatkan penipuan tuntutan invois palsu, jual beli telefon bimbit, jual beli rumah, projek tidak wujud, jual beli pelitup muka, pelaburan dan jual beli tanah serta CBT.

"Biasanya jenayah komersial melibatkan kerugian yang tinggi antaranya kes CBT membabitkan sebanyak RM695,000 dan RM243,000 manakala tipu jual beli tanah sebanyak RM337,000.

"Jumlah kerugian yang sedikit iaitu RM400 melibatkan jual beli pelitup muka," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah pada Jumaat.

Katanya, orang ramai mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat atau balai polis yang berdekatan.

"Semua kes ini berlaku di Sabah dan ada juga orang tempatan dan luar Sabah. Jadi kita amat memerlukan bantuan orang ramai untuk berhubung dengan pegawai penyiasat," katanya.

Artikel Berkaitan: