Kerani maut kereta bertembung lori

Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam nahas di Tapah pada Jumaat. Foto: Ihsan PDRM
Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam nahas di Tapah pada Jumaat. Foto: Ihsan PDRM
A
A
A

TAPAH - Seorang kerani maut apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori di KM 80 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, mangsa, Tan Ann Chi, 34, maut di tempat kejadian akibat cedera parah yang dialaminya.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Vios dalam perjalanan menuju ke arah Kuala Lumpur, manakala lori tanpa muatan itu dari arah bertentangan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori yang dipandu lelaki berusia 29 tahun itu didapati hilang kawalan dan masuk ke lorong bertentangan.

“Keadaan itu menyebabkan kedua-dua kenderaan bertembung dan mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan kesihatan,” katanya.

Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam nahas di Tapah pada Jumaat. Foto: Ihsan PDRM
Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam nahas di Tapah pada Jumaat. Foto: Ihsan PDRM

Menurutnya, punca kemalangan adalah disebabkan lori berkenaan hilang kawalan dan melanggar mangsa di lorong bertentangan.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Artikel Berkaitan:

“Pemandu lori terbabit ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.