Tiga penjenayah didakwa bunuh rakan

Tiga rakan samun didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh seorang rakan jenayah mereka.
Tiga rakan samun didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh seorang rakan jenayah mereka.
A
A
A

MELAKA - Tiga rakan samun didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas pertuduhan membunuh seorang rakan jenayah mereka.

Tertuduh, S S Darsan, 42; K Raja Segaran, 40, dan A Sethu, 34, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Lee Kim Keat.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian S Kumar, 41,

antara jam 5 sehingga jam 7 petang di sebuah rumah di Rumah Pangsa Batu Berendam, di sini pada 5 Januari lalu.

Jika sabit kesalahan, Darsan dan Sethu yang bekerja sebagai tukang cuci, manakala Raja Segaran melakukan kerja pemprosesan ayam boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Lyiana Zainal Abidin, manakala Darsan diwakili peguam, Paul Krishnaraja.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 11 Mac depan untuk serahan laporan kimia dan forensik.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian pada 14 Januari lalu menyiarkan tiga lelaki diberkas polis selepas dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan rakan sejenayah gara-gara tidak berpuas hati dengan hasil kegiatan samun dilakukan bersama di sebuah kedai serbaneka.

Mayat mangsa ditemukan orang awam dalam keadaan tertiarap dan ditutup dengan kain putih di tempat duduk belakang kereta Proton Perdana milik isterinya, pada 7 Januari lalu.