X

Kindly register in order to view this article
!

Manchester United berpeluang juara EPL

Pemain United, Paul Pogba (tengah) mengawal bola walaupun diasak dua pemain Liverpool.
A
A

BEKAS penyerang Manchester United, Wayne Rooney percaya The Red Devils berpeluang untuk meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Menurutnya, United berjaya menampilkan kebangkitan luar biasa dalam beberapa perlawanan terakhir sekali gus menerajui takhta liga selepas 19 perlawanan.

"Dalam beberapa tahun terakhir, Manchester United belum mampu untuk menjuarai kejuaraan liga. Tetapi sekarang mereka membawa masuk pemain seperti Bruno Fernandes dan Edinson Cavani yang mempunyai mentaliti untuk meraih kejuaraan. Kehadiran mereka berdua sangat membantu pasukan.

"Sekarang ini, United sedang berada pada landasan terbaik menjuarai EPL. Saya sudah katakan kepada pengurusan United beberapa minggu lalu bahawa United akan menang EPL. Saya yakin mereka akan berjaya musim ini," katanya.

United kembali berada di kedudukan teratas liga selepas menewaskan Fulham 2-1 pada Khamis dan dibezakan hanya dua mata dengan Manchester City di kedudukan kedua yang kekurangan satu perlawanan.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu tampil konsisten sejak November lalu dengan rekod tanpa kalah dalam 13 perlawanan terakhir, sekali gus mengangkat pasukan itu sebagai antara pencabar utama EPL musim ini.

Dalam masa sama, Rooney percaya pemain tengah United, Paul Pogba sudah kembali berada pada prestasi terbaiknya apabila menjaringkan dua gol dan bantuan gol dalam empat penampilan terakhirnya di EPL.

"Kehadiran Cavani dan Fernandes sebenarnya meredakan tekanan untuk Pogba. Sekarang dia (Pogba) akan kembali menunjukkan kualitinya di atas padang dan sebab itu saya percaya United mempunyai kemampuan untuk menjulang trofi EPL musim ini," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!