Perdana Menteri Jepun 'tekad' anjur Olimpik

Orang ramai melihat arca Olimpik gergasi dipasang semula di kawasan perairan di Taman Laut Odaiba selepas diturunkan pada Ogos lalu kerana pandemik Covid-19. - Foto Reuters
Orang ramai melihat arca Olimpik gergasi dipasang semula di kawasan perairan di Taman Laut Odaiba selepas diturunkan pada Ogos lalu kerana pandemik Covid-19. - Foto Reuters
A
A
A

TOKYO - Perdana Menteri Jepun, 'bertekad' untuk mengadakan sukan Olimpik walaupun ada dakwaan berhubung pembatalan temasya sukan itu sekali gus menepis laporan oleh akhbar The Times.

The Times pada Jumaat melaporkan bahawa Jepun secara peribadinya menyatakan Sukan Olimpik Tokyo telah ditunda dan dibatalkan kerana wabak Covid-19.

Perdana Menteri, Yoshihide Suga menerusi AFP menegaskan, temasya yang dijadualkan semula itu berada di landasan sebenar selepas laporan The Times yang memetik sumber kerajaan yang tidak dinamakan mengatakan Jepun telah mengalih tumpuan mereka kepada penganjuran 2032.

"Saya bertekad untuk merealisasikan Temasya Tokyo yang selamat sebagai bukti bahawa manusia akan mengatasi virus berkenaan," kata Suga.

Ketika ditanya mengenai laporan akhbar itu, penganjur Tokyo 2020 memberitahu, mereka fokus untuk menganjurkan temasya dalam keadaan 'selamat'.

"Perdana Menteri Suga sudah menyatakan kesungguhan untuk menganjurkan temasya berkenaan, kerajaan mengetuai beberapa siri mesyuarat koordinasi untuk mendepani Covid-19 dan ia dilaksanakan menerusi kawalan jangkitan dalam usaha untuk terus mengadakan temasya itu," menurut satu kenyataan.

"Semua rakan kerjasama kami fokus menganjurkan temasya pada musim panas ini. Kami harap kehidupan seharian dapat kembali normal secepat mungkin, dan kami akan terus berusaha bagi persiapan untuk temasya yang selamat dan terjamin," katanya.

Ketika Jepun mahu meneruskan temasya itu, tinjauan orang ramai menunjukkan 80 peratus menentang penganjuran berkenaan tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Temasya ini dijadualkan diadakan pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.