X

Kindly register in order to view this article
!

Hasan Ali disahkan positif Covid-19

Datuk Dr Hasan Mohamed Ali
A
A

SHAH ALAM- Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali telah disahkan positif Covid-19 pada petang Rabu.

Beliau kini sedang menjalani rawatan di Hospital Pakar KPJ Damansara.

“Permintaan saya kepada seluruh sahabat dan mereka yang mengenali atau tidak mengenali untuk mendoakan saya supaya dikurniakan kemudahan dan kesembuhan yang segera.

“Moga dengan doa semua menjadi penawar utama dalam proses penyembuhan ini,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya pada Jumaat.

Tambah Hasan, bagi yang telah berjumpa secara bersemuka bermula 16 Januari, mereka perlu membuat tindakan selanjutnya di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat.

Terdahulu, Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad disahkan positif Covid-19 selepas menjadi kontak rapat kepada ahli Pas dari Kelantan.

Kata sebuah portal, perkara itu disahkan seorang pemimpin kanan Pas selepas khabar mengenainya tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!