Kerajaan sumbang RM260,000 kepada agensi mengurus zakat

Dr Zulkifli. - Foto Bernama
Dr Zulkifli. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju menggunakan peruntukan Tabung Musa’adah Covid-19 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)-Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) untuk menyumbang RM260,000 kepada agensi mengurus zakat di seluruh negara selain Wilayah Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kenyataan pada Jumaat berkata, sumbangan itu sebagai tanda sokongan atas usaha murni mereka membantu golongan yang terjejas ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sejak Mac 2020 hingga ke hari ini, agihan sumbangan melalui misi Musa’adah Covid-19 oleh agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri telah mencecah hampir RM365 juta, katanya.

Zulkifli ketika menzahirkan rasa simpati kepada negeri-negeri yang dilanda musibah banjir berkata, kerajaan juga bersetuju untuk memperuntukkan sumbangan tambahan sebanyak RM40,000 kepada Majlis Agama Islam Johor, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu. - Bernama

Artikel Berkaitan: