Wanita terselamat walaupun kereta tersepit treler, lori

Keadaan kereta tersepit antara treler dan lori dalam kejadian di Pelabuhan Barat, Klang, pada Khamis.
Keadaan kereta tersepit antara treler dan lori dalam kejadian di Pelabuhan Barat, Klang, pada Khamis.
A
A
A

KLANG - Seorang wanita terselamat walaupun kereta dipandunya tersepit antara sebuah treler dan lori dalam kejadian di Pelabuhan Barat, di sini, pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.10 petang, mangsa yang bekerja sebagai pembantu tadbir Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kenderaan jenis Hyundai Accent dipandunya remuk.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian berlaku apabila wanita tersebut yang berada di lorong kiri telah mengubah haluannya ke kanan secara tiba-tiba bagi mengelak sebuah lori yang rosak di lorong kiri.

Keadaan kereta yang dipandu wanita dalam kejadian di Pelabuhan Barat, Klang, pada Khamis.
Keadaan kereta yang dipandu wanita dalam kejadian di Pelabuhan Barat, Klang, pada Khamis.

"Tindakan tersebut menyebabkan kereta dipandu wanita berusia lingkungan 50-an itu bergesel dengan sebuah treler yang menuju di Pelabuhan Barat dari Shah Alam dan lori yang rosak itu.

"Kemalangan ini mengakibatkan kerosakan teruk pada kereta dipandu wanita berkenaan namun tiada kecederaan dilaporkan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata, dua buah kenderaan berat terbabit turut mengalami kerosakan di bahagian enjin dan beberapa bahagian lain.

Katanya, saman dikeluarkan terhadap pemandu wanita tersebut dalam kejadian itu. Kes diklasifikasi mengikut Rule 6(2) LN166/59.

Artikel Berkaitan: