'Beringatlah Awang Wehh!!! Kompaun RM1,000'

Roslee (tengah) dan Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KJPJKK) (Operasi) Terengganu, Superintendan Mohd Aluwi Hussain (kiri) menunjukkan poster yang diedarkan kepada masyarakat.
Roslee (tengah) dan Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KJPJKK) (Operasi) Terengganu, Superintendan Mohd Aluwi Hussain (kiri) menunjukkan poster yang diedarkan kepada masyarakat.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu mengambil inisiatif mengedarkan poster dan risalah dalam usaha memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bermula pada Jumaat.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, poster dan risalah berbentuk peringatan serta nasihat dengan menggunakan dialek negeri yang lebih 'santai' diedarkan di setiap sekatan jalan raya (SJR) termasuk tempat-tempat awam dan ditampal di kedai-kedai makan terpilih.

"Bagi PKP 2.0 ini, kami memilih menggunakan lebih kepada pendekatan psikologi untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya mematuhi SOP ditetapkan dan jangan terlalu mengambil mudah berhubung perkara tersebut.

"Bagi menarik perhatian orang ramai, kami mengambil inisiatif menyediakan poster dan risalah lebih kepada ayat santai sebagai contohnya 'Beringatlah Awang wehh!!! kompaun RM1,000' ini," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Jelas Roslee, pihaknya sedar sekiranya poster dan risalah disediakan lebih kepada menggunakan perkataan formal agak sukar untuk menarik perhatian orang ramai kerana mereka mudah bosan.

Sementara itu, Roslee berkata, seramai 17 anggota polis di negeri ini termasuk ahli keluarga dikuarantin di rumah dan di pusat kuarantin selepas mereka didapati mempunyai kontak rapat dengan individu disahkan positif Covid-19 dalam tempoh 1 hingga 20 Januari lalu.

Selain itu katanya, bagi memudahkan urusan orang ramai yang ingin memohon kebenaran rentas negeri atau daerah, pihaknya mengambil keputusan memberi 'kuasa' kepada anggota yang bertugas di kaunter pertanyaan di balai-balai polis untuk membuat keputusan sama ada meluluskan permohonan atau sebaliknya selepas mempertimbangkan alasan diberi.

Artikel Berkaitan: