X

Kindly register in order to view this article
!

Lima lelaki terlibat sindiket perjudian dalam talian diberkas

Sindiket menjadikan sebuah kondominium di Seputeh sebagai tempat menjalankan aktiviti Judi Online untuk pasaran Korea.
A
A

KUALA LUMPUR - Lima lelaki warga tempatan disyaki terlibat dengan sindiket perjudian dalam talian ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium di Seputeh di sini Khamis.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kesemua individu berusia 25 hingga 40 tahun itu ditahan dalam serbuan pada jam 5.15 petang.

"Kita turut merampas empat telefon bimbit, enam set monitor komputer, tiga unit pemprosesan komputer (CPU), dua modem, tiga unit papan kekunci dan tetikus serta satu kad akses," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Anuar berkata, hasil pemeriksaan mendapati rumah tersebut dijadikan sebagai tempat menjalankan aktiviti judi dalam talian untuk pasaran Korea.

"Sindiket berkenaan menggunakan Telegram dan beroperasi 24 jam setiap hari," katanya.

Anuar memaklumkan kes itu disiasat di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!