Ijazah palsu, MB Johor hanya tersenyum

Osman meninggalkan majlis tanpa sebarang jawapan
Osman meninggalkan majlis tanpa sebarang jawapan
A
A
A

KULAI - Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian hanya ‘tersenyum’ ketika diminta mengulas dakwaan memiliki ijazah palsu dari sebuah universiti tempatan.

Beliau kemudiannya beredar meninggalkan Majlis Rumah Terbuka dan Penyerahan Sumbangan Tahun Baru Cina 2019 di Dewan Serbaguna Taman Putri, di sini, hari ini.

Osman menghadiri majlis tersebut bagi memenuhi jemputan Exco Kerajaan Johor merangkap ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse.

Osman hadir Majlis Rumah Terbuka dan Penyerahan Sumbangan Tahun Baru Cina 2019.
Osman hadir Majlis Rumah Terbuka dan Penyerahan Sumbangan Tahun Baru Cina 2019.

Pihak media yang hadir sebelum itu menanti Osman di hadapan pintu dewan berkenaan selepas dimaklumkan tiada sidang media diadakan.

Sebaik sahaja keluar dari dewan, media yang hadir mengajukan soalan tersebut, namun tidak dijawab terus meninggalkan majlis.

ARTIKEL BERKAITAN: Desak MB bersihkan tuduhan ijazah palsu

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan Menteri Besar Johor tidak memiliki Ijazah Perakaunan dari Universiti Putra Malaysia seperti tertera dalam biodata rasmi, yang sekali gus menghadirkan pertanyaan netizen yang menggesa agar rakyat menyelidik latar belakang Osman yang dilantik sebagai Menteri Besar Johor selepas PH menang di negeri ini.

Artikel Berkaitan: