Beri peringatan, kesedaran perangi rasuah

Gambar kecil: Tunku Mansor Tunku Kassim
Gambar kecil: Tunku Mansor Tunku Kassim
A
A
A

ALOR SETAR - Pengasas Yayasan Tunku Kassim memuji usaha Sinar Harian menggerakkan kempen Sinar Untuk Malaysia #KarakterNilaiMoralBangsa dalam jihad untuk menghapuskan rasuah.

Menurut Tunku Mansor Tunku Kassim, beliau menyambut baik dan menyokong usaha murni akhbar berkenaan menggerakkan kempen memerangi rasuah dan salah guna kuasa tersebut di negara ini.

"Kempen ini bagus, namun ia bukan bermakna saya menuduh sesiapa, sebaliknya ia untuk memberi peringatan dan kesedaran kepada orang awam untuk membanteras gejala sedemikian.

"Dengan kes rasuah makin meningkat yang dipaparkan media di dada akhbar, jadi saya sokong usaha baik ini," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dari segi hukum Islam sendiri telah melarang umatnya daripada mengamalkan budaya rasuah.

Katanya, beliau juga menyokong sekiranya ada usaha daripada pihak berkaitan untuk memberi penerangan ataupun perkongsian pendapat berkenaan usaha memerangi rasuah ini.

Sabtu lepas, Sinar Harian melancarkan inisiatif pemulihan moral bangsa dengan mengajak seluruh rakyat Malaysia bersama-sama membangun menggempur rasuah dan salah guna kuasa yang disifatkan sudah kritikal bagaikan satu wabak.

Artikel Berkaitan: