Semua pihak perlu beri kerjasama

Kempen Sinar Rasuah Busters yang dilancarkan Sinar Harian bertepatan dengan hasrat golongan muda.
Kempen Sinar Rasuah Busters yang dilancarkan Sinar Harian bertepatan dengan hasrat golongan muda.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kempen Sinar Rasuah Busters yang dilancarkan Sinar Harian bertepatan dengan hasrat golongan muda yang mahu melihat usaha memerangi rasuah secara besar-besaran dapat dilakukan di semua peringkat.

Presiden Kelab Kembara Terengganu, Muhammad Rafi Kori berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, ia memerlukan kerjasama daripada semua pihak.

“Menjadi hasrat golongan muda untuk melihat penguatkuasaan bagi memerangi rasuah dijalankan secara besar-besaran oleh agensi kerajaan di semua peringkat bermula daripada bawah hingga ke peringkat atasan.

“Namun, ia tidak akan berjaya sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada semua pihak,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Dalam pada itu, katanya, promosi serta pendidikan mengenai rasuah perlu ditingkatkan bagi menyuntik kesedaran ramai mengenai bahaya dan impak jenayah itu dalam kehidupan.

“Kempen kesedaran mengenai rasuah perlu dimulakan seawal peringkat sekolah. Gunakan medium yang ada untuk memperhebatkan lagi kempen pendidikan mengenai kesalahan jenayah itu supaya kefahaman mengenainya dapat disuntik bermula di bangku sekolah,” katanya.

Artikel Berkaitan: