'Jangan sibuk cari kesahihan akademik orang lain'

Petikan di Facebook berkenaan.
Petikan di Facebook berkenaan.
A
A
A
IPOH - “Sepatutnya sebagai pembangkang, dia perlu menjawab apakah MCA akan bertindak keluar daripada BN dan bukannya sibuk mencari kesahihan kelayakan akademik orang lain,”.

Itu reaksi Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Negeri Perak yang juga ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong berhubung dakwaan daripada Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang mengatakan kelulusan akademiknya (Ijazah Sarjana) tidak diiktiraf daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Choo Kiong berkata, perkara berkenaan tidak seharusnya ditimbulkan oleh Ka Siong kerana ia dilihat tidak memiliki kaitan dengan arena politik negara pada ketika ini.

Malah menurutnya, Ka Siong seharusnya menjelaskan kepada rakyat berhubung pendirian MCA untuk terus berada atau mengisytiharkan untuk keluar daripada BN.

“Sebenarnya saya pun tak berapa minat untuk komen hal ini. Sebenarnya ini hanyalah satu 'instant learning' yang dianjurkan oleh sebuah akademi di Kuala Lumpur, jadi saya datang untuk belajarlah. Saya pun seorang ahli perniagaan sebelum ini.

“Tetapi kenapa tiba-tiba dah dekat 20 tahun perkara timbul? Saya pun bukannya nak cari political mileage atau untuk cari kerja. Ia adalah untuk kebaikan saya.

“Kenapa dia minat sangat dengan hal ini? Ia tidak ada sangkut paut dan tak semestinya menjadi isu pun, sebaliknya Ka Siong perlu menjelaskan mengenai pendirian MCA apakah untuk keluar atau pun terus bersama BN? Ini yang rakyat hendak tahu,” katanya kepada Sinar Harian.

Ka Siong sebelum ini turut mempertikaikan mengenai kelayakan akademik Timbalan Menteri Luar Senator Datuk Marzuki Yahya.

Sementara itu Choo Kiong berkata demikian bagi mengulas kenyataan di laman Facebook milik Ka Siong yang mendakwa isu berkenaan (kelayakan akademik miliknya tidak diiktiraf) sebagai sengaja ditimbulkan mungkin untuk mengalihkan perhatian orang ramai berhubung isu MCA untuk keluar atau kekal bersama BN.

Artikel Berkaitan:

“Bagi saya isu ini sengaja ditimbulkan untuk ‘tutup’ isu lain. Bagaimanapun, memang benar rakyat nak tahu apa pendirian MCA apabila Umno sedia bekerjasama dengan Pas, apakah MCA akan undur atau tidak?” katanya.