Gaya sempoi Bernie Sanders jadi meme lucu

Antara meme mencuit hati yang menggunakan gambar gaya bersahaja Sanders. - Foto: Agensi
Antara meme mencuit hati yang menggunakan gambar gaya bersahaja Sanders. - Foto: Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Gaya unik bersahaja Senator Vermont, Bernie Sanders yang menghadiri majlis pelantikan Presiden baharu Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Rabu secara tiba-tiba mencuri tumpuan dan menjadi tular di media sosial.

Sanders yang memakai miten kelihatan turut menjaga jarak fizikal pada acara tersebut.

Foto tersebut yang diambil oleh jurugambar AFP, Brendan Smialowski menunjukkan Sanders duduk bersandar sambil menyilangkan kakinya kini menjadi 'meme' mencuit hati di media sosial.

Sebahagian pengguna Twitter turut memuji Sanders, 79, kerana beliau kelihatan seperti 'orang biasa' walaupun ia adalah acara penting negara ketika kebanyakan tokoh politik berprofil tinggi mengenakan sut lengkap dengan gaya mewah.

Ada juga yang menggelar gaya sempoi beliau seperti 'atok di pejabat pos'.

Sehingga kini, beliau terus menjadi ahli politik yang disukai ramai orang walaupun pernah gagal untuk menjadi calon Presiden bagi mewakili Parti Demokrat selepas tewas kepada Biden. - AFP

Artikel Berkaitan: