'Itu pandangan saya, tiada kaitan UMNO Pontian'

Laporan Sinar Harian pada 15 Januari lalu. Gambar kecil: Mohd Helmi
Laporan Sinar Harian pada 15 Januari lalu. Gambar kecil: Mohd Helmi
A
A
A

JOHOR BAHRU - Ketua Pemuda UMNO Pontian, Mohd Helmi Buang menegaskan kenyataan beliau yang meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berehat tiada kena mengena dengan UMNO Bahagian Pontian.

Mohd Helmi berkata, beliau kini menerima provokasi daripada pelbagai pihak termasuk netizen yang melabelkan diringa tamak jawatan, mahukan nama dan populariti selain menunding jari kepada UMNO Bahagian Pontian.

"Ada yang kata saya anak didik Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan ada juga yang hentam UMNO Pontian. Ini kerana kenyataan saya yang minta Presiden UMNO berehat dipaparkan dalam media termasuk platform media sosial pada minggu lepas

"Saya hendak tegaskan di sini mungkin ada tidak membaca kenyataan saya dengan betul, apa yang dinyatakan itu tiada kena mengena dengan UMNO Pontian. Namun pada masa yang sama saya tetap menerima apa juga pandangan kerana saya bersikap terbuka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah sampai masa kluster besar UMNO berundur

Dalam pada itu, Mohd Helmi menegaskan beliau masih tetap dengan pendirian meminta secara baik Ahmad Zahid berehat bagi mengelakkan UMNO sekali lagi dimalukan dengan kekalahan pada Plihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Setiap pandangan terhadap kenyataan saya termasuk dari pucuk pimpinan, Pemuda UMNO Bahagian dan mana-mana parti politik saya terima kerana mahu meraikan pandangan.

"Namun dalam meraikan pandangan itu, saya terus berharap agar kenyataan saya dipertimbangkan demi mengukuhkan parti," katanya.

Terdahulu Sinar Harian pada 15 Januari lalu melaporkan Mohd Helmi meminta kluster besar dalam UMNO perlu berundur segera bagi mengelakkan kekalahan besar pada PRU14 berulang pada PRU15 nanti.

ARTIKEL BERKAITAN:Minta Ahmad Zahid berehat: Jangan keruhkan lagi keadaan, kata Rizam

Artikel Berkaitan: