Kepimpinan bukan hak individu tapi tanggungjawab

Hussamuddin ketika hadir pada Wacana Al-Quran Siri Ke-69 bertajuk Peralihan Kepimpinan#Demi Masa Depan di Studio F, Kumpulan Karangkraf di sini pada Khamis.FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
Hussamuddin ketika hadir pada Wacana Al-Quran Siri Ke-69 bertajuk Peralihan Kepimpinan#Demi Masa Depan di Studio F, Kumpulan Karangkraf di sini pada Khamis.FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM - Setiap pemimpin perlu sedar bahawa kepimpinan bukan hak individu tertentu tetapi tanggungjawab yang perlu ditunaikan dengan sebaiknya.

Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, jika formula atau pendekatan yang digunakan tidak lagi berupaya menambahbaik institusi yang diketuai, maka sudah tiba masanya untuk pemimpin tersebut melepaskan jawatan yang dipegang itu.

Katanya, kepimpinan yang dimaksudkan itu bukan sahaja dalam politik tetapi semua peringkat sama ada institusi masjid, agensi kerajaan dan sebagainya.

"Kita kena revisit (nilai kembali) cara kita memimpin tidak kira sama ada memimpin keluarga, kampung, sekolah hingga negara.

"Kalau formula kita (sudah) tidak menjadi, sudah tiba masanya untuk kita lepaskan (kepada kepimpinan baharu).

"Semua orang ada masa (untuk memimpin). (Sebagai contoh) pokok pun patah, tumbuh, hilang dan berganti," katanya pada Wacana Al-Quran Siri Ke-69 bertajuk Peralihan Kepimpinan#Demi Masa Depan di Studio F, Kumpulan Karangkraf di sini pada Khamis.

Wacana turut menampilkan Qari My #Qurantime, Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman yang memperdengarkan bacaan Surah Al-Mulk:1-3, manakala Ketua Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Fazrul Ismail selaku moderator.

Artikel Berkaitan:

Hussamuddin (tengah) ketika bercakap dalam Wacana Al-Quran Siri Ke-69 bertajuk Peralihan Kepimpinan#Demi Masa Depan di Studio F, Kumpulan Karangkraf. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
Hussamuddin (tengah) ketika bercakap dalam Wacana Al-Quran Siri Ke-69 bertajuk Peralihan Kepimpinan#Demi Masa Depan di Studio F, Kumpulan Karangkraf. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

Mengulas lanjut, Hussamuddin yang juga Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas berkata, mengambil contoh dua peristiwa penting yang berlaku dalam negara ketika ini iaitu darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan signal untuk semua muhasabah diri.

Katanya, semua pihak perlu mengambil iktibar dan menilai kembali cara mengamalkan kehidupan mengikut tuntutan agama yang sebenarnya.

Bagaimanapun katanya, sikap pemimpin khususnya orang politik dilihat tidak mengambil iktibar dengan perkara itu apabila masih bergaduh angkara kuasa.

"Kita tengok di Malaysia sepatutnya tahun lepas (semasa) pandemik (kita) banyak belajar. Tapi kita tengok mereka (orang politik) masih bergaduh sedangkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku dalam (tempoh) pandemik ini," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Hussamuddin turut menyifatkan pelaksanaan darurat yang dilalui negara ketika ini sebagai moratorium kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menguruskan pandemik dengan baik.

Katanya, disebabkan pelaksanaan darurat itu secara tidak langsung dapat menghentikan sebarang bentuk peralihan kuasa sekali gus menjadi peluang kepada Muhyiddin untuk memperbaiki pentadbiran yang diketuainya ketika ini.

"ALLAH bagi Tan Sri Muhyiddin (peluang baiki) dapat moratorium. Kalau ALLAH tidak buka hati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk (lulus) darurat, Muhyiddin tidak dapat (kekal memimpin tanpa gangguan)," katanya.

Hussamuddin dalam pada itu turut menggesa semua parti politik menilai kembali kepimpinan parti masing-masing dengan memberi laluan kepada muka baharu untuk memimpin.

"Saya punya cadangan semua parti politik yang lain (turut) ambil masa ini untuk revempt parti masing maisng dan yang lama kena serah (kepada pemimpin baharu)," katanya.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai kempen Sinar Untuk Malaysia’ #KarektorNilaiMoralBangsa atau 'Sinar Rasuah Busters' yang dicetuskan beliau, Hussamuddin berharap semua pihak memainkan peranan untuk menyokong gerakan massa bagi menggempur kegiatan rasuah.

Katanya, hal itu penting bagi mewujudkan negara yang bebas rasuah dengan membuat reformasi ke atas semua aspek.

"Kita tidak bolah lagi biarkan rasuah ini berleluasa. Kita kena buat revolusi minda. Kita kena sucikan hati (dan) kita hendak putuskan rantaian rasuah ini dengan kempen yabg kita gerakan," katanya.