X

Kindly register in order to view this article
!

Kelas KAFA TV Alhijrah bantu atasi masalah kelas dalam talian

Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Kementerian Kewangan mengambil inisiatif memperkenalkan slot Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) menerusi televisyen (TV) Alhijrah bagi mengatasi masalah kelas dalam talian.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, inisiatif tersebut hasil kerjasama TV Alhijrah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Menurutnya, menerusi tayangan itu juga, pelajar boleh menonton rancangan kelas KAFA setiap hari.

“Demi pendidikan KAFA anak-anak generasi masa depan kita, kami mulakan inisiatif TV Pendidikan di Alhijrah. Dari Perlis sampai ke Sabah, jom tonton TV Alhijrah!

“Mak, ayah, atuk dan nenek pun boleh tumpang belajar,” katanya menerusi Facebook miliknya pada Khamis.

Beliau berkata, pihaknya turut mengambil maklum kerisauan ibu bapa berkenaan kelas KAFA anak-anak mereka.

Tambah beliau, pendidikan keagamaan dan nilai murni kepada anak-anak sentiasa menjadi keutamaan.

“TV Alhijrah di zaman saya adalah TV pendidikan, tarbiah dan hiburan islami serta ilmiah untuk seisi keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan memaklumkan perincian mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!